COVID-19 'heret' penuruan jualan cip Intel, saham jatuh 10% | DagangNews Skip to main content

COVID-19 'heret' penuruan jualan cip Intel, saham jatuh 10%

Cip Intel

NEW YORK 23 Okt. - Syarikat penyedia inovasi digital pengkomputeran awan dan pusat data, Intel berdepan saat getir dengan penurunan sahamnya sebanyak 10%.

Pendapatan syarikatnya meleset dalam anggaran suku ketiga bagi penjualan cip pusat data susulan penularan wabak COVID-19.

Senario berkenaan melumpuhkan penjualan cip tersebut kepada pelanggan kerajaan dan perniagaan.

Menurut laporan CNA, pendapatan daripada perniagaan pusat data menjunam 7% kepada AS$5.9 bilion pada suku berkenaan.

Jumlah itu lebih rendah berbanding jangkaan penganalisis yang rata-ratanya meletakkan ramalam pendapatan perniagaan tersebut sebanyak AS$6.21 bilion.

Intel merupakan syarikat penyedia cip pemprosesan utama bagi PC dan pusat data.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menghadapi masalah kelewatan dalam aspek pembuatan.

Intel pada Julai lalu berkata, kelewatan pembuatan itu akan mengakibatkan penghasilan generasi baharu cip berkenaan merosot enam bulan berbanding tempoh yang dijadualkan.

Sementara itu, penularan wabak COVID-19 yang mengheret majoriti pekerja untuk bekerja dari rumah telah menyebabkan peningkatan jualan koputer riba Intel.

Jualan dalam segmen PC Intel berjumlah AS$9.8 bilion, mendahului anggaran penganalisis sebanyak AS$9.09 bilion. - Dagangnews.com