Cukai jualan dan perkhidmatan SST naik 8% berkuat kuasa 1 Mac 2024 | DagangNews Skip to main content

Cukai jualan dan perkhidmatan SST naik 8% berkuat kuasa 1 Mac 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan kenaikan kadar SST kepada 8% dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR 1 Mac - Berkuatkuasa hari ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan naik ke 8%, berbanding 6% sebelum ini.

 

Bagaimanapun kadar baharu ini tidak merangkumi perkhidmatan untuk makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta.

 

Peningkatan kadar SST baharu ke 8% ini diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu.

 

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.

 

Langkah ini akan membantu kerajaan terus menjana pendapatan untuk negara.

 

Sementara itu, keputusan pengecualian bil air dan elektrik daripada kenaikan ini masih belum dimuktamadkan.

 

Peningkatan kadar ini dijangka akan menambah hasil kutipan kerajaan.

 

 

SST

 

 

Tahun lalu, Malaysia sekadar mengutip kurang RM30 bilion.

 

Kutipan ini meletakkan Malaysia sebagai antara pemungut hasil cukai terendah di Asia Tenggara, dengan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada 11.8%, Astro Awani melaporkan.

 

Kementerian Kewangan telah menganggarkan tambahan RM3 bilion hasil pada tahun depan dengan pelaksanaan kadar SST 8%. - DagangNews.com