Datasonic terima lanjutan kontrak bernilai RM38 juta daripada KDN bagi membekalkan lebih banyak cip passport | DagangNews Skip to main content

Datasonic terima lanjutan kontrak bernilai RM38 juta daripada KDN bagi membekalkan lebih banyak cip passport

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Jun - Penyedia rumusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bersepadu, Datasonic Group Berhad menerima kontrak bernilai sehingga RM37.62 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekalkan lebih banyak cip pasport.

 

Kumpulan itu menerusi anak syarikat milik penuhnya Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB) telah menerima dan menerima surat daripada kementerian berhubung pindaan kontrak sebelumnya yang dimeterai pada November 2021 bagi pembekalan 12.5 juta cip pasport Malaysia mulai 1 Disember 2021 hingga 30 November 2023.

 

Katanya, menerusi terma surat terbaharu itu, DTSB dikehendaki memberikan bon prestasi sebanyak RM3.53 juta kepada KDN dengan tempoh sah laku dilanjutkan setahun lagi sehingga 30 November 2024.

 

Pada Disember 2015, DTSB memperoleh kontrak asal RM318.75 juta daripada kementerian untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari 1 Disember 2016 hingga 30 November 2021.

 

Pada November 2021, DTSB menerima surat lanjutan untuk membekalkan cip pasport selama dua tahun lagi, dari 1 Disember 2021 hingga 30 November 2023, dengan nilai kontrak sehingga RM31.39 juta.

 

BACA JUGA: Datasonic terima lanjutan kontrak bernilai RM9.9 juta daripada KDN selama enam bulan

 

"Perubahan dalam nilai siling kontrak dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan Datasonic bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024, dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham kumpulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Sebelum ini, kumpulan tiu menerima lanjutan kontrak daripada KDN bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga 30 November 2023 dengan nilai tambahan sebanyak RM9.9 juta.

 

Kumpulan itu menerima surat anugerah (LOE) pada 29 Mei 2023 daripada KDN berhubung pindaan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). - DagangNews.com