Datasonic terima lima sambungan kontrak KDN berjumlah RM181.66 juta | DagangNews Skip to main content

Datasonic terima lima sambungan kontrak KDN berjumlah RM181.66 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 4 Jun - Datasonic Group Bhd telah menerima lima lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjumlah RM181.66 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Datasonic berkata pelanjutan kontrak itu adalah untuk tempoh enam bulan dari 1 Jun 2024 hingga 30 Nov, 2024.

 

Syarikat itu berkata ia menerima lanjutan bagi pembekalan kad mentah dan bahan guna MyKad, MyTentera dan MyPOCA kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk nilai kontrak siling tambahan RM27.81 juta.

 

 

datasonic

 

 

Ia juga menerima lanjutan kontrak untuk pembekalan cip pasport Malaysia (bernilai RM59.77 juta), dokumen pasport Malaysia (RM29.81 juta) dan muka surat biodata polikarbonat (RM52.70 juta) kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Selain itu, Datasonic juga menerima lanjutan bagi pindaan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad di JPN, bernilai RM11.57 juta. - DagangNews.com