Dayang Enterprise raih kontrak perkhidmatan gabungan dan pentauliahan bersepadu daripada Petronas Research | DagangNews Skip to main content

Dayang Enterprise raih kontrak perkhidmatan gabungan dan pentauliahan bersepadu daripada Petronas Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Jun - Dayang Enterprise Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn. Bhd. (DESB) menerima kontrak perkhidmatan gabungan dan pentauliahan bersepadu (i-HUC) daripada Petronas Research Sdn. Bhd. (PRSB). 

 

Kumpulan itu berkata, nilai kontrak adalah bergantung kepada arahan kerja yang dikeluarkan PRSB sepanjang tempoh kontrak.

 

"Tempoh kontrak adalah lebih kurang satu tahun berkuat kuasa 22 Februari 2023 dengan pilihan untuk dilanjutkan selama satu tahun lagi," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan bahan, perubahan harga bahan, perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan peraturan.

 

DESB hendaklah memastikan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan dan operasi dalam pelaksanaan keperluan kontrak.

 

"Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan DEHB sepanjang tempoh kontrak," katanya. - DagangNews.com