Dayang terima kontrak kerja-kerja pembaikan daripada Petronas | DagangNews Skip to main content

Dayang terima kontrak kerja-kerja pembaikan daripada Petronas

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 4 Jan - Dayang Enterprise Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya Dayang Enterprise Sdn Bhd telah menerima kontrak daripada Petronas Carigali untuk kerja-kerja pembaikan dan perkhidmatan berkaitan untuk penemuan integriti aset Pakej A bagi Sarawak Oil Asset (SK Oil).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Dayang berkata nilai kontrak adalah berdasarkan perintah kerja yang akan dikeluarkan oleh Petronas Carigali sepanjang tempoh kontrak, termasuk mana-mana kerja dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan skop kerja dalam kontrak.

 

Tempoh kontrak berkuat kuasa mulai 15 Disember 2023 bagi tempoh tiga tahun.

 

“Kontrak tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatan Dayang sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

 

Saham Dayang ditutup tinggi 4 sen atau 2.4% pada RM1.68 hari ini, dengan permodalan pasarannya bernilai RM1.9 bilion.  - DagangNews.com