DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City raih penarafan lima bintang daripada MOTAC | DagangNews Skip to main content

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City raih penarafan lima bintang daripada MOTAC

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Pengiktirafan DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City sebagai hotel bandar lima bintang akan meningkatkan daya saing Shah Alam dalam segmen 'BLeisure' (berniaga sambil beriadah).

 

Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Budaya, Datuk Sri Tiong King Sing berkata, penarafan lima bintang yang berprestij menandakan kualiti dan perkhidmatan yang luar biasa. 

 

Katanya, ia yang terletak di Shah Alam, bandar pentadbiran Selangor, hotel ini menawarkan pelbagai peluang untuk perniagaan dan acara MICE (pertemuan, insentif, persidangan dan pameran).

 

"DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, dengan jarak yang dekat hanya 20 minit pemanduan dari lapangan terbang Subang dan 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), i-City memiliki lokasi yang sangat strategik yang menarik bagi pelancong.

 

"Selain itu, i-City perlu bekerjasama dengan jabatan pelancongan negeri untuk meningkatkan kebolehlihatan Shah Alam dalam kalangan pelancong sebaik sahaja mereka tibadi lapangan terbang. 

 

"Ia boleh menjadi salah satu destinasi utama untuk menarik pelancong, dan saya menggesa pasukan dari MOTAC dan Tourism Malaysia untuk mempertimbang serta memperluaskan pelbagai produk pelancongan yang tersedia di kawasan ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Pengarah Kanan Operasi Asia Tenggara Hilton, Jamie Mead berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian DoubleTree by Hilton.

 

Katanya, hotel ini telah mencipta sejarah bukan hanya bagi industri hospitaliti di Shah Alam, tetapi juga bagi jenama DoubleTree di Malaysia.

 

 

doubletree
Datuk Seri Tiong King Sing (kiri) menyerahkan penarafan lima bintang DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City kepada Pengerusi I-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong, baru-baru ini.

 

 

Pengarah Urusan Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad pula berkata, pengiktirafan ini sangat penting bagi Shah Alam, yang mana ia adalah hotel lima bintang pertama di sini. 

 

"Dengan adanya hotel lima bintang di sini, pelancong perniagaan yang datang ke bandar pentadbiran ini kini mempunyai tempat selesa untuk melanjutkan tarikh lawatan mereka supaya mereka dapat melawat tempat-tempat lain di sekitarnya seperti Masjid Biru, seni Islam, dan banyak lagi selain aktiviti-aktiviti riadah di luar hotel," katanya.

 

Pengurus Am DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, Gagan Talwar berkata, ia merupakan hotel DoubleTree by Hilton pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan lima bintang.

 

Katanya, BLeisure menjadi tumpuan utama bagi hotel sejak dibuka pada Julai tahun lalu, yang mana ruang mesyuarat seluas 1,700 meter persegi tanpa tiangnya menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara MICE berprestij tinggi setakat ini. - DagangNews.com