KUALA LUMPUR 28 Feb - EA Technique (M) Berhad menjadi syarikat terkini diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN 17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), menjadikan jumlah syarikat PN17 kepada 28 setakat hari ini.
Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) berkata, ia akan terus memantau perkembangan syarikat yang mengendali kapal-kapal untuk sektor minyak dan gas itu, berhubung pematuhannya terhadap MMLR.
“Sehingga 28 Feb 2022, terdapat sebanyak 28 buah syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 3.03%s daripada jumlah keseluruhan 925 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities,” katanya.
Senarai syarikat PN17:
1. AIRASIA GROUP BERHAD
2. AIRASIA X BERHAD
3. ASIA MEDIA GROUP BERHAD
4. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
5. BERTAM ALLIANCE BERHAD
6. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
7. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
8. COMINTEL CORPORATION BERHAD
9. DAYA MATERIALS BERHAD
10. DOLOMITE CORPORATION BERHAD
11. E.A.TECHNIQUE (M) BERHAD
12. FSBM HOLDINGS BERHAD
13. IQZAN HOLDING BERHAD (FORMERLY KNOWN AS IRE-TEX CORPORATION BERHAD)
14. JERASIA CAPITAL BERHAD
15. KHEE SAN BERHAD
16. KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD
17. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
18. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BERHAD
19. PERAK CORPORATION BERHAD
20. SCOMI ENERGY SERVICES BHD
21. SCOMI GROUP BERHAD
22. SEACERA GROUP BERHAD
23. SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD
24. SUMATEC RESOURCES BERHAD
25. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
26. TOP BUILDERS CAPITAL BERHAD
Syarikat di bawah GN3:
1. G NEPTUNE BERHAD
2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD
Ketika urus niaga pasaran saham ditutup 28 Feb 2022, saham EA Technique jatuh 2.5 sen menjadi 4.5 sen sesaham. - DagangNews.com