Fave, Involve Asia bekerjasama kembangkan rangkaian di Malaysia dan Singapura | DagangNews Skip to main content

Fave, Involve Asia bekerjasama kembangkan rangkaian di Malaysia dan Singapura

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Salah satu platform fintech terkemuka Asia Tenggara, Fave menjalin kerjasama dengan Involve Asia, platform pemasaran gabungan terkemuka global bagi membuka rangkaian peniaga yang lebih luas untuk pengguna Fave di Malaysia dan Singapura.

 

Menerusi kerjasama tersebut, pengguna dapat memperoleh penjimatan tambahan pada transaksi mereka dengan Fave.

 

Kerjasama itu akan menyaksikan penambahan jenama popular seperti Adidas, Agoda, Decathlon, AirAsia, Lazada dan Klook, dalam kategori seperti runcit, pelancongan dan e-dagang. 

 

Pelanggan boleh memperoleh pulangan tunai dengan setiap pembelian melalui program pedagang gabungan Fave. Pembeli boleh menggunakan pulangan tunai terkumpul menerusi FavePay, Fave Deals dan Fave eCards.

 

Pengasas Bersama Fave, Chen Chow Yeoh berkata, penglibatan kepakaran Asia dalam pemasaran gabungan dan rangkaian penerbit dan pengaruhnya yang luas membantu memperkasakan pelanggan untuk menabung dengan program kesetiaan. 

 

"Kami mahu pelanggan mendapat manfaat daripada penjimatan yang lebih besar melalui penggunaan aplikasi Fave mereka," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Naib Presiden Perkongsian Involve Asia, JC Lam berkata, memandangkan industri semakin meningkat selepas kesan pandemik, pihaknya mengunjurkan permintaan pengguna yang lebih besar untuk jenama runcit dan pelancongan. 

 

 

fave

 

 

"Dengan memanfaatkan rumusan penglibatan pelanggan Fave dan strategi pemasaran dipacu prestasi Asia, kami boleh membantu jenama ini mencipta pengalaman yang diperibadikan," katanya.

 

Menurut S&P Global Market Intelligence menganggarkan pembayaran runcit tanpa tunai agregat diunjurkan berkembang pada CAGR sebanyak 14% untuk mencapai AS$3.02 trilion pada 2025 di Asia Tenggara.

 

Fave ialah salah satu pemain terkemuka dalam ruang terus kepada pengguna di rantau ini. Tawaran produk inovatifnya termasuk diskaun dan perkhidmatan pulangan tunai yang memperkasakan pelanggan untuk menjimatkan melalui pembayaran QR dan program kesetiaan.

 

Ia menerusi kedua-dua aplikasi Fave dan bank utama serta e-dompet termasuk DBS PayLah!, UOB TMRW, Singtel Dash, Google Pay dan Touch 'n Go Digital. Fave kini beroperasi di Singapura, Malaysia dan India. - DagangNews.com