FBS Malaysia sumbang bantuan kewangan baik pulih fasiliti pendidikan Yayasan Dignity for Children | DagangNews Skip to main content

FBS Malaysia sumbang bantuan kewangan baik pulih fasiliti pendidikan Yayasan Dignity for Children

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Okt - Broker global terkemuka, FBS meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Dignity for Children bagi menambah baik kemudahan pendidikan Dignity Education Center di sini.

 

Sebagai sebahagian daripada usaha sama ini, FBS membiayai projek baik pulih bilik darjah di pusat pendidikan tersebut.

 

Dengan sumbangan kewangan daripada FBS, sekolah tersebut berupaya memasang penyaman udara, projektor video dan menambah perabot sekolah, demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selesa untuk para pelajar.

 

Selain daripada penambahbaikan bilik darjah, FBS turut menyediakan hadiah berupa alat tulis asas dan kelengkapan sekolah, termasuk beg sandang, kemeja-T, topi, buku kerja dan banyak lagi. 

 

Sumbangan ini bertujuan bagi mengurangkan beban kewangan keluarga, meningkatkan keyakinan pelajar dan mempersiapkan mereka untuk perjalanan pembelajaran mereka.

 

Wakil FBS Malaysia, Aizzat Arfa berkata, pihaknya lebih daripada sekadar broker dan platform perdagangan, yang mana adalah organisasi global yang menitikberatkan tanggungjawab sosial dan bermatlamat untuk memberi impak positif kepada masyarakat. 

 

"Hubungan kami dengan Yayasan Dignity for Children menjadi bukti dedikasi kami dalam usaha untuk meningkatkan akses kepada pendidikan yang lebih baik. 

 

 

FBS
Aizzat Arfa

 

 

"Pasukan FBS sangat teruja melihat pelajar-pelajar mula menggunakan ruang kelas yang telah diubahsuai dan kemudahan pembelajaran yang telah ditambah baik," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

FBS

 

 

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Yayasan Dignity for Children, Renee Koo pula berkata, pihaknya berterima kasih kepada FBS kerana mereka telah memberi sumbangan yang bermakna dan menyokong perjuangan pihaknya. 

 

 

FBS

 

 

FBS

 

 

"Kerjasama ini akan memberi impak yang positif kepada peluang pendidikan yang disediakan untuk pelajar kita. Bersama-sama, kami sentiasa menambah baik kemudahan fizikal dan memupuk matlamat dan aspirasi pelajar-pelajar ini," katanya. - DagangNews.com