Fouzi Singon Setiausaha Agung NUTP baharu | DagangNews Skip to main content

Fouzi Singon Setiausaha Agung NUTP baharu

KUALA LUMPUR 10 Sept - Setiausaha Kehormat  Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  Pahang Fouzi Singon dilantik  sebagai Setiausaha Agung NUTP yang baharu bagi sesi 2020-2023 berkuat kuasa hari ini.

 

NUTP yang memiliki keahlian dalam kalangan guru hampir 230,000 di seluruh negara berkata, pelantikan Fouzi itu bagi menggantikan Wang Heng Suan yang telah bersara wajib hari ini.


 

NUTP

 


“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Setiausaha Agung NUTP (Wang) yang telah memberi sumbangan dan banyak membantu kesatuan.

 

“NUTP amat menghormati beliau kerana telah menerajui  kesatuan ini serta di atas usaha dan khidmat bakti yang diberikan beliau telah banyak membantu permasalahan ahli-ahli kesatuan,” menurut kesatuan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Wang dilantik sebagai Setiausaha Agung NUTP pada 19 Ogos tahun lepas.


 

NUTP

 


Sementara itu, Ko Beng Keat dilantik sebagai Timbalan Presiden NUTP juga bagi sesi 2020-2023. - DagangNews.com