GHL tawar pembayaran dalam talian lancar menerusi 'Mastercard Click to Pay' | DagangNews Skip to main content

GHL tawar pembayaran dalam talian lancar menerusi 'Mastercard Click to Pay'

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Jan - GHL Systems Bhd menawarkan Mastercard Click to Pay, yang direka untuk memacu kadar penukaran yang lebih tinggi untuk peniaga sambil memastikan rumusan pembayaran yang selamat untuk pengguna dan 2,000 peniaga e-dagang.

 

GHL berkata, pengiktirafan pintar Click to Pay memudahkan pengalaman pembayaran yang lebih pantas dan dipertingkat, memberikan pengguna akses segera kepada kad pilihan mereka pada setiap peranti, menghapuskan keperluan untuk memasukkan butiran kad secara manual atau mengingati kata laluan.

 

"Click to Pay memudahkan membeli-belah dalam talian dengan membenarkan pengguna menggunakan satu profil selamat untuk semua kad pembayaran mereka. Kemudahan ini boleh diakses merentas pelbagai peranti, termasuk telefon pintar, tablet dan PC," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif GHL Malaysia, Kevin Lee berkata, dengan Click to Pay, peniaga kini boleh memenuhi permintaan pengguna yang berkembang dengan lancar, menawarkan pengalaman pembayaran yang mesra pengguna, selamat dan mudah yang sejajar dengan jangkaan zaman moden.

 

"Mastercard Click to Pay ialah satu lagi kerjasama strategik yang akan membolehkan pelanggan kami meningkatkan dan menambah baik cara untuk membayar secara berterusan," katanya.

 

Pengurus negara Mastercard untuk Malaysia dan Brunei, Beena Pothen pula berkata, rumusana itu memberikan pengalaman yang lebih konsisten untuk pengguna yang pantas dan selamat, tanpa perlu memasukkan bukti kelayakan kad mereka atau menyimpan maklumat sensitif dengan peniaga yang berbeza. 

 

Katanya, Mastercard Click to Pay ialah cara yang lebih bijak dan selamat untuk membayar dalam talian, sesuai untuk pengguna digital pertama ketika ini.

 

"Rumusan ini memberikan pengalaman yang lebih konsisten untuk pengguna yang cepat dan selamat, tanpa perlu memasukkan bukti kelayakan kad mereka atau menyimpan maklumat sensitif dengan peniaga yang berbeza.

 

"Pengguna berasa tenang kerana mengetahui bahawa setiap pembelian adalah telus dan dilindungi piawaian industri tertinggi," katanya.

 

Selain itu, pengendali pawagam, TGV Cinemas, akan menjadi antara peniaga utama untuk membolehkan Mastercard Click to Pay, menyediakan pengalaman pembayaran tanpa kerumitan apabila membeli tiket wayang melalui laman web mereka. - DagangNews.com