Global Component Asia, Pecca naik taraf bahagian dalaman pesawat dengan produk sarung tempat duduk inovatif | DagangNews Skip to main content

Global Component Asia, Pecca naik taraf bahagian dalaman pesawat dengan produk sarung tempat duduk inovatif

Teoh Zi Yi (kiri) dan Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi (kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani MoU di LIMA '23, Langkawi, Kedah pada 24 Mei 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Mei - Global Component Asia Sdn Bhd dan Pecca Aviation Services Sdn Bhd menjalin kerjasama untuk mempromosikan produk sarung tempat duduk pesawat keluaran Pecca Aviation di Malaysia dan di peringkat serantau.

 

Global Component Asia dengan pengalaman luasnya dalam industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) akan memanfaatkan rangkaian serta sumbernya dalam meningkatkan penembusan pasaran Pecca Aviation di rantau ini.

 

Pengerusi Global Component Asia, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan Pecca Aviation untuk mempromosikan produk sarung tempat duduk pesawat berkualiti tinggi mereka.

 

"Perkongsian ini selaras dengan slogan kami untuk acara ini, 'memacu negara ke arah teknologi' dan kami percaya ia akan menyumbang kepada pertumbuhan industri penerbangan di rantau ini," katanya dalam kenyataan.

 

Terdahulu, kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23), semalam.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pecca Group Bhd, Teoh Zi Yi berkata, perjanjian itu menyerlahkan kelebihan daya saing pihaknya dalam pasaran penerbangan, sebagai pemegang tunggal Sijil Kelulusan Organisasi Pengeluaran (POA) Kesatuan Eropah (EASA) C2 di Malaysia setakat ini.

 

"Bekerjasama dengan Global Component Asia seharusnya membuka kunci keuntungan bahagian pasaran untuk Pecca, seterusnya melancarkan pertumbuhan perniagaan ini," katanya.

 

 

pecc

 

 

Di bawah terma perjanjian, Global Component Asia dan Pecca Aviation akan terlibat dalam usaha pemasaran bersama untuk mempromosikan penutup tempat duduk pesawat keluaran Pecca untuk kedua-dua pasaran pesawat awam dan penguatkuasaan/pertahanan dalam menaik taraf kabin pesawat. - DagangNews.com