Golden Pharos lantik Mohd Roslan Mamat sebagai CEO berkuat kuasa 13 September 2024 | DagangNews Skip to main content

Golden Pharos lantik Mohd Roslan Mamat sebagai CEO berkuat kuasa 13 September 2024

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Sept - Golden Pharos Bhd melantik Mohd Roslan Mamat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO), berkuat kuasa 13 September 2024.

 

Mohd Roslan, 46, berkhidmat sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif sejak 13 Mac 2024.

 

Sebelum menyertai Golden Pharos, Mohd Roslan memegang pelbagai jawatan di Terengganu Inc.

 

Beliau bermula pada Ogos 2015 sebagai ketua pengurusan risiko dan dilantik sebagai ketua pegawai tadbir urus pada Januari 2016. Pada November tahun yang sama, peranannya diperluaskan termasuk bertindak sebagai ketua pegawai operasi.

 

Dari Disember 2019 hingga Mac 2024, Mohd Roslan berkhidmat sebagai ketua audit dalaman di TDM Bhd, anak syarikat Terengganu Inc.

 

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan memegang Profesional Kewangan Islam Bertauliah (CIFP) dari Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam.

 

 

golden pharos

 

 

Golden Pharos Berhad adalah syarikat tersenarai awam di Papan Utama Bursa Malaysia. GPB juga merupakan syarikat milik kerajaan negeri Terengganu (GLC) berdasarkan 69.092% pegangan saham melalui cabang pelaburan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang masing-masing memegang 60.925% dan 8.166%.

 

Aktiviti utamanya meliputi pengurusan konsesi hutan, penuaian dan pengedaran, pengilangan papan dan pemprosesan nilai tambah produk berasaskan kayu, dan pembuatan dan penjualan kaca panel seni bina. - DagangNews.com