Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 14 Julai - Meskipun sukar menerima kenyataan jumlah penularan wabak COVID-19 di Malaysia melonjak kepada lebih 11,000 kes, angka tersebut terus meningkat kepada jumlah tertinggi buat hari kedua berturut-turut.
Bermula semalam, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 sebanyak 11,079.
Tidak terhenti disitu, jumlah berkenaan turus meningkat kepada 11,618 kes hari ini.
Meskipun mencatatkan sedikit penurunan, Selangor masih menjadi 'kilang' COVID-19 dengan sumbangan kes sebanyak 5,051 berbanding 5,263 semalam.
Kuala Lumpur bagaimanapun merekodkan trend peningkatan kepada 1,749 kes berbanding 1,521 yang dicatatkan semalam.
Selain itu, peningkatan ketara kes harian turut direkodkan oleh Negeri Sembilan dengan jumlah kes harian sebanyak 1,537 berbanding 1,033 semalam.
Meskipun mencatatkan kadar jangkitan baharu sekitar 300 kes semalam, Melaka hari ini mencatatkan jangkitan kes baharu kepada 526.
Peningkatan kes harian turut dicatatkan oleh Kedah dengan jumlah kes semasa sebanyak 504 berbanding 497 yang direkodkan semalam.
Negeri-negeri lain bagaimanapun mencatatkan kes jangkitan di bawah kadar 500 kes.
Peningkatan kes harian itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 867,567 berbanding 855,949 kes yang direkodkan semalam. - DagangNews.com