Hasil Uzma susut 9% dari suku tahun ke suku tahun pada 1HFY24 kesan aktiviti perkhidmatan telaga bersepadu yang lemah pada musim tengkujuh | DagangNews Skip to main content

Hasil Uzma susut 9% dari suku tahun ke suku tahun pada 1HFY24 kesan aktiviti perkhidmatan telaga bersepadu yang lemah pada musim tengkujuh

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Feb - Aktiviti perkhidmatan telaga bersepadu yang lemah pada musim tengkujuh menyebabkan hasil Uzma Bhd turun sebanyak 9% dari suku tahun ke suku tahun pada 1HFY24.

 

Kenanga Research berkata, untung bersih kumpulan itu susut dengan ketara sebanyak 12% kerana pengurangan kos jualan tidak berkurangan.

 

"Bagaimanapun, penurunan perbelanjaan pentadbiran suku tahun ke sukutahun sebahagiannya mengimbangi kemerosotan itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung teras kumpulan itu pada 1HFY24 adalah sebanyak RM30.7 juta (tidak termasuk kerugian tukaran mata wang asing tidak direalisasi RM4.1 juta dan perbelanjaan cukai tertunda RM2 juta) mengatasi jangkaan pada 61% dan 62% daripada ramalan setahun penuh dan anggaran konsensus setahun penuh.

 

Ia didorong hasil daripada kos jualan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah daripada jangkaan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, dengan buku pesanan bernilai RM2.4 bilion, Uzma berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan pesanan kerja apabila Petronas mempergiatkan aktiviti huluannya.

 

Mereka menjangkakan bahawa kumpulan itu akan mengekalkan momentumnya dalam penambahan buku pesanan, menyasarkan RM1 bilion pada FY25.

 

Selain itu, bahagian tenaga baharu, kumpulan itu berada di landasan yang betul dengan Perjanjian Pembelian Kuasa Sungai Petani (PPA) ditetapkan untuk memulakan operasi pada 1QFY25, dan tiada penangguhan selanjutnya.

 

"Kami menyukai Uzma kerana menjadi penerima manfaat daripada kitaran menaik semasa dalam aktiviti huluan yang membawa kepada peningkatan aliran kontrak sektor minyak dan gas.

 

"Perniagaan mampannya melalui segmen tenaga baharunya yang meningkatkan daya tarikan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kumpulan itu dan pelancaran loji tenaga solar berskala besar yang akan meningkatkan pendapatan berulangnya," katanya.

 

Kenanga Research mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.45 sesaham. - DagangNews.com