HeiTech Padu terima lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta selenggara sistem myIMMs Jabatan Imigresen | DagangNews Skip to main content

HeiTech Padu terima lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta selenggara sistem myIMMs Jabatan Imigresen

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Mac - HeiTech Padu Bhd menerima lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta daripada kerajaan bagi menyelenggara sistem myIMMs secara komprehensif di Jabatan Imigresen.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, lanjutan kontrak itu adalah selama 12 bulan bermula 18 Februari 2024 hingga 17 Februari 2025.

 

"Sebarang pembaharuan lanjut atau lanjutan tempoh adalah mengikut budi bicara kerajaan," katanya.

 

Terdahulu, HeiTech padu menerima kontrak itu buat kali pertama pada 2021 dengan nilai RM33.92 juta bagi tempoh tiga tahun yang berakhir pada tahun ini.

 

Kumpulan itu berkata, lanjutan kontrak itu adalah untuk kepentingan terbaik syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan hingga 31 Disember 2025.

 

Risiko adalah risiko biasa yang dihadapi oleh syarikat lain yang menjalankan usaha yang sama dan kumpulan telah mengambil langkah yang perlu untuk melindungi dirinya dan mengurangkan risiko apabila dan apabila ia berlaku.

 

Tiada pengarah atau pemegang saham utama atau mana-mana orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama kumpulan mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam lanjutan kontrak. - DagangNews.com