HeiTech terima kontrak RM58.9 juta daripada LHDN bagi perkhidmatan rangkaian internet generasi akan datang | DagangNews Skip to main content

HeiTech terima kontrak RM58.9 juta daripada LHDN bagi perkhidmatan rangkaian internet generasi akan datang

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jan - HeiTech Padu Berhad telah menerima kontrak bernilai RM58.9 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian internet generasi akan datang.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HeiTech berkata kontrak terbabit adalah bagi tempoh tiga tahun enam bulan bermula 1 Januari 2024 hingga 30 Jun 2027.

 

“Kontrak ini adalah untuk kepentingan terbaik dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya sehingga kontrak selesai,” katanya.

 

Menurut HeiTech, tiada pengarah atau pemegang saham besar atau sesiapa berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utamanya mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu.

 

Saham HeiTech ditutup tinggi pada 89 sen, naik 1 sen atau 1.1% dengan permodalan pasarannya berjumlah RM90.1 juta.  - DagangNews.com