Hotel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang paling banyak ditempah dalam aplikasi airasia MOVE pada 2023 | DagangNews Skip to main content

Hotel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang paling banyak ditempah dalam aplikasi airasia MOVE pada 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Jan - airasia MOVE (dahulunya airasia Superapp) memperkenalkan destinasi hotel pilihan yang ditempah penggunanya pada 2023, dengan destinasi domestik di Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu) menduduki tempat teratas, bersama-sama dengan Bangkok, Thailand dan Bali, Indonesia yang terus menjadi pilihan popular dalam kalangan pelancong.

 

AirAsia berkata, di Malaysia, hotel yang paling banyak ditempah adalah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 

 

Sementara itu katanya, hotel di Palembang dan Bangkok mendahului senarai untuk Indonesia dan Thailand, masing-masing. Di Filipina, Manila dan Boracay memperoleh kedudukan teratas daripada segi tempahan hotel.

 

"Berdasarkan tempahan yang dibuat pada 2023, hotel yang paling banyak ditempah mendedahkan pilihan yang berbeza-beza bagi pengguna airasia MOVE di seluruh wilayah yang berbeza.

 

"Sebilangan besar 74% daripada tempahan adalah antara RM250 dan RM400 setiap malam, dengan keutamaan yang kukuh untuk penginapan butik yang menampilkan tema unik yang memberikan keseimbangan kemampuan dan keselesaan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Menurut kenyataan itu, dari segi jenis pengembara, pasangan dan pengembara solo mendahului, masing-masing membentuk 43.8% dan 33.8% daripada pangkalan pengguna, diikuti pengembara berkumpulan sebanyak 13.6% dan keluarga sebanyak 8.8%. 

 

Katanya, ia menunjukkan trend perjalanan ke arah penerokaan yang lebih intim dan bebas, menekankan tarikan airasia MOVE sebagai platform OTA (ejen pelancongan dalam talian) yang mudah kepada pelbagai profil pengembara.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

"Sejumlah 40.7% tempahan hotel berlaku dalam tempoh yang singkat iaitu 3 hari sebelum perjalanan yang dijadualkan. Jangka masa paling popular seterusnya untuk tempahan adalah dalam lingkungan 4 hingga 14 hari. 

 

"Aliran ini menunjukkan pengguna yang kebanyakannya menempah hotel untuk percutian pendek hujung minggu dan perjalanan perniagaan," katanya.

 

Manakala katanya, untuk penerbangan + hotel (SNAP), produk yang menampilkan penerbangan dan hotel dalam satu tempahan, 15% daripada tempahan telah dibuat 8 hingga 14 hari sebelum perjalanan yang dirancang. 

 

 

airasia

 

 

"Diikuti dengani tempahan dibuat dalam masa 0 hingga 7 hari. Ia membongkar kepelbagaian tingkah laku perancangan pengguna airasia MOVE, daripada perjalanan yang dirancang secara strategik kepada melakukan sebarang tempahan secara spontan. 

 

"Dengan kombo penerbangan dan hotel, ia menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk memproses perancangan percutian tanpa tekanan dan tanpa kebimbangan pada harga yang tiada tandingan, seterusnya meningkatkan pengalaman perjalanan keseluruhan," katanya.

 

 

airasia

 

 

Tambah kenyataan itu, AirAsia mengadakan turut Jualan 3 Hari yang mana pengguna boleh menikmati potongan tambahan RM30 untuk semua hotel dengan kod promosi (FLASHSALE) antara 19 hingga 21 Januari 2024 dengan mengklik ikon ‘Hotel’ di airasia Superapp. - DagangNews.com