HSS Engineers terima kontrak khidmat rundingan bernilai RM4.9 juta daripada Port Klang Cruise Terminal | DagangNews Skip to main content

HSS Engineers terima kontrak khidmat rundingan bernilai RM4.9 juta daripada Port Klang Cruise Terminal

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Jan - HSS Engineers Berhad (HEB) menerusi HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) terima kontrak bernilai RM4.9 juta daripada Port Klang Cruise Terminal Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan perundingan pengurusan projek terminal.



Kontrak itu juga meliputi khidmat rundingan bagi perluasan dermaga dan pembangunan kemudahan berkaitan.

 

Projek berkenaan akan bermula pada 8 Januari 2024 dan dijadualkan siap dalam tempoh 29 bulan atau pada 9 Julai 2026.

 

"Perkhidmatan yang dijalankan oleh HSSI merangkumi tetapi tidak terhad kepada penyediaan kajian pra-pembangunan, pelan induk konsep, pengurusan projek dan penyeliaan pembinaan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

 

"Menurut pengaturan gabungan eksklusif antara HSSI dan HSS Engineering Sdn. Bhd. (HSSE), anak syarikat milik penuh HEB, HSSI dan HSSE akan bekerjasama secara eksklusif bagi melaksanakan dan menyiapkan kontrak itu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil, pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga 31 Disember 2026.

 

Projek itu bagaimanapun tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan/atau struktur pegangan saham HEB. - DagangNews.com