Hyun Bin dilantik sebagai duta kerusi OSIM uDream Pro Well-Being | DagangNews Skip to main content

Hyun Bin dilantik sebagai duta kerusi OSIM uDream Pro Well-Being

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - OSIM telah memperkenalkan pelakon Korea Selatan Hyun Bin sebagai duta uDream Pro Well-Being, kerusi perdana generasi baharu yang dilengkapi dengan inovasi Wellness Tech terkini dan direka bentuk dengan gaya canggih.

 

“Dedikasi Hyun Bin terhadap hasil kerja dan komitmennya mencapai kecemerlangan sangat bergema dengan misi kami untuk memberi inspirasi dan meningkatkan kesejahteraan dunia,” kata Pengurus Besar OSIM Malaysia,Chia Sook Fun dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Sementara itu, Hyun Bin yang terkenal dengan drama Crash Landing On You berkata harinya sempurna apabila waktu kerja dan rehat diseimbangkan dengan baik.

 

“Dengan OSIM uDream Pro, saya dapat menikmati teknik urutan yang diperibadikan dengan satu sentuhan melalui analisis kecerdasan buatan (AI) dan berehat sementara menstabilkan pelbagai deria badan saya dengan 'Pengalaman 5-Senses'.

 

“Ia adalah teknologi yang membolehkan pengurusan bersesuaian dengan keadaan individu setiap hari dan membantu mencapai kehidupan harian yang sihat,” ujar beliau.

 

 

osim

 

 

Menurut OSIM, uDream Pro merupakan kerusi kesejahteraan pertama di dunia yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dalam mengukur, memantau dan mengurus tekanan dan keletihan pengguna.

 

Selain itu, deria dibangkitkan melalui program urutan berpandu yang disegerakkan dengan imejan menenangkan, bimbingan suara yang menenangkan, muzik yang mempesonakan dan pencahayaan persekitaran yang meningkatkan mood.

 

Pengguna juga boleh memilih untuk melibatkan deria bau mereka dengan menggunakan DreamScent Aroma Pods untuk melengkapkan pengalaman melegakan tekanan lima deria.

 

 

osim

 

 

OSIM berkata kerusi tersebut juga disepadukan dengan aplikasi OSIM Well-Being yang memberikan pengguna pengalaman pemeliharaan kesihatan yang menyeluruh dan boleh diukur, dipantau dan diurus dalam keselesaan rumah mereka.

 

OSIM uDream Pro generasi baharu ini dijual secara runcit di Malaysia pada harga promosi RM436.47 sebulan dengan ansuran tanpa bayaran faedah sehingga 60 bulan dan boleh didapati di laman web OSIM.com.my dan di semua kedai OSIM. - DagangNews.com