KUALA LUMPUR 23 Julai - Landskap perniagaan mencabar dan kompetitif yang sedang dihadapi oleh sektor sarung tangan getah Malaysia dijangka berterusan pada separuh kedua tahun 2024 (2HCY24), kata Kenanga Research.
Firma penyelidikan itu berkata, kelemahan pendapatan yang dirasai dalam 1Q24 menunjukkan persekitaran operasi masih sukar, dipengaruhi oleh lebihan kapasiti, permainan harga, permintaan yang lemah dan kos bahan mentah yang tinggi seperti nitril butadiena dan lateks.
Katanya, walaupun beberapa syarikat berkaitan telah kembali mencatatkan keuntungan, namun keuntungan yang rendah tidak dapat menyokong penilaian yang tinggi.
"Industri dijangka terus menghadapi masalah lebihan bekalan yang besar, permainan harga oleh pemain luar negara (seperti menjual di bawah kos untuk menghapuskan pesaing), permintaan yang lemah, dan kos input yang tinggi.
"Pemain-pemain industri turut menghadapi cabaran dari segi kos operasi yang tinggi dan ekonomi skala yang rendah akibat volum jualan yang kurang optimum," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Eksport produk sarung tangan getah Malaysia meningkat 14.1% pada Mei 2024 - DOSM
Para pemain dalam industri ini juga menjangkakan jualan suku-suku yang tidak stabil berikutan kekurangan keperluan daripada pengedar dan pembeli untuk membuat pesanan besar atau mengekalkan stok berlebihan, memandangkan bekalan mudah diperoleh.
"Secara keseluruhan, industri ini berhati-hati dalam menaikkan harga jualan secara ketara untuk menanggung kenaikan kos input yang tinggi, memandangkan landskap persaingan yang masih sengit. Dengan penggunaan industri yang rendah kira-kira 45%, situasi ini kekal sebagai pasar pembeli.
"Menyusuli masuknya ke separuh kedua tahun 2024 (2HCY24), para penganalis mengharapkan harga input lateks mungkin akan turun dengan berakhirnya musim sejuk yang biasanya mengurangkan pengeluaran antara Disember hingga Mei.
"Namun demikian, harga nitril butadiena dijangka untuk terus tinggi (YTD CY24: +10%)," jelasnya yang terus mengekalkan saranan 'Underweight' sektor ini.
Sementara itu, Kenanga Research berkata, kenaikan jangka pendek dijangka dalam harga gas asli yang menyumbang sebanyak 15% daripada kos keseluruhan, turut menjadi faktor yang perlu diperhatikan.
Katanya, pada sisi lain, inisiatif penjimatan kos dari penamatan kilang-kilang lama dijangka dapat memberi perlindungan tambahan terhadap kerugian.
"Industri ini sedar untuk mencapai peningkatan harga jualan yang signifikan dalam suku-suku mendatang adalah mencabar, memandangkan keadaan lebihan bekalan yang besar dan penggunaan industri yang rendah, purata sekitar 40%.
"Dalam situasi di mana tekanan persaingan yang tinggi berasal daripada lebihan bekalan yang besar dan penggunaan industri yang rendah, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli dari pengeluar lain di luar negara, terutamanya pengeluar China yang masih menjual di bawah harga AS$20 untuk 1,000 keping, dengan kadar antara AS$16 hingga AS$18 untuk 1,000 keeping," ujarnya. - DagangNews.com