Inovasi teknologi hyper pada kerusi kenderaan Peugeot | DagangNews Skip to main content

Inovasi teknologi hyper pada kerusi kenderaan Peugeot

Peugeot

KUALA LUMPUR 14 Julai - Jenama kenderaan terkenal, Peugeot mengumumkan penaiktarafan kerusi kenderaan jenamanya dengan aplikasi teknologi hyper untuk tampil lebih bergaya.

Syarikat pengeluar induknya, Naza Corporation Holdings dalam satu kenyataan memberitahu, Peugeot telah memberi penekanan khusus kepada tempat duduk kenderaannya untuk memberi suasana pemanduan kondusif kepada pengguna.

"Pembaharuan tempat duduk itu memberi tahap keselesaan yang lebih tinggi selain menitikberatkkan tahap keselamatan pengguna.

"Inovasi ini ditawarkan mengikut kehendak di kawasan berbeza seperti Eropah, China dan Amerika Selatan," jelas Naza.

Peugeot

Di Eropah, pemintaan difokuskan kepada tahap keselesaan di bahagian tempat duduk hadapan selain menginginkan tahap posisi tempat duduk yang selesa untuk perjalanan jarak jauh.

Di China pula, permintaan adalah lebih kepada kerusi hadapan dan belakang yang lebih lembut serta sokongan aksesori di bahagian sisi.

"Di Ameria Selatan, permintaan adalah lebih kepada kerusi yang mampu pengurangkan tahap getaran bagi menjamin keselesaan optimum di bahagian tempat duduk hadapan dan belakang.

Inovasi kerusi itu turut merangkumi integrasi beg udara selain sistem urut belakang kepada pelanggan bagi menikmati pemanduan yang selesa.

"Pembaharuan ini juga adalah untuk pelanggan menikmati masa di atas kereta sebagai masa yang santai," kata Naza lagi. - DagangNews.com