IPP 2021 diunjur meningkat 6.3% - MIDF | DagangNews Skip to main content

IPP 2021 diunjur meningkat 6.3% - MIDF

IPP 2021 diunjur meningkat 6.3% - MIDF

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Mac. - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) diunjur meningkat sebanyak 6.3% bagi tahun 2021.

 

MIDF Research berkata, unjuran tersebut adalah lebih positif berbanding penyusutan -4.2% pada tahun sebelumnya.

 

"Data terbaharu pada Januari 2021 menunjukkan bahawa kesan PKP 2.0 adakah menimum, tetapi kami menjangkakan penurunan pengeluaran industri akan berterusan hingga Februari 2021.

 

"Ia seiring dengan penurunan indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan yang semakin menurun.

 

"Kemunculan kluster jangkitan COVID-19 di tempat kerja juga mengakibatkan kerugian aktiviti pengeluaran di kilang dan syarikat," jelas MIDF Research.

 

Dalam pengumuman Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini, IPP pada Januari 2021 berkembang 1.2% berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

 

Pertumbuhan IPP pada bulan berkenaan dipacu oleh indeks pembuatan dengan peningkatan 3.5%.

 

Baca: Indeks Pengeluaran Perindustrian Januari berkembang 1.2%

 

Mengulas lanjut, MIDF Research memberitahu, prestasi permintaan yang lemah juga memberi kesan kepada pengeluaran domestik kerana PKP 2.0 dilanjutkan hingga ke bulan Februari 2021.

 

Bagaimanapun, kelonggaran pergerakan yang membolehkan lebih banyak syarikat memulakan operasi sedikit sebanyak mengurangkan impak PKP 2.0 terhadap aktiviti perniagaan.

 

"Pertumbuhan permintaan luar yang berterusan akan terus menyokong prospek pengeluaran industri yang berorentasikan perdagangan.

 

"Menilai kepada prestasi akan datang, kami menjangkakan pengeluaran akan terus pulih didorong oleh sentimen kejayaan program vaksinasi COVID-19 di Malaysia dan negara-negara lain," ujar MIDF Research lagi. - DagangNews.com