Jawatan anak pengasas Westports ditetapkan semula sebagai pengerusi eksekutif | DagangNews Skip to main content

Jawatan anak pengasas Westports ditetapkan semula sebagai pengerusi eksekutif

Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Julai - Westports Holdings Bhd menetapkan semula jawatan pengarah urusan kumpulannya, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah sebagai pengerusi eksekutif, berkuat kuasa 20 Julai 2023.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, Ruben, 46, mengambil alih jawatan itu selepas kematian pengasas kumpulan itu, Tan Sri G Gnanalingam pada 11 Julai lepas, yang juga bapa kepada Ruben.

 

Anak sulung mendiang Gnanalingam itu memulakan kerjayanya di Westports sebagai pelatih pada 1999, sebelum dia pergi setahun kemudian untuk inkubator permulaannya, The Makmal Group.

 

Beliau kembali ke Westports sebagai lembaga pengarah pada 2005 dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif kumpulan sebelum jawatan baharunya.

 

Ruben kini memegang 105.64 juta saham atau 3.1% pegangan tidak langsung dalam pengendali pelabuhan.

 

Bulan lepas, kakak Ruben, Shaline Gnanalingam menyertai lembaga pengarah kumpulan itu sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutifnya. - DagangNews.com