Jelajah Ford Ranger generasi baharu di Pulau Pinang bermula 3 hingga 7 Ogos 2022 | DagangNews Skip to main content

Jelajah Ford Ranger generasi baharu di Pulau Pinang bermula 3 hingga 7 Ogos 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia bakal mempertontonkan Ranger generasi baharu di Pulau Pinang pada 3 hingga 7 Ogos 2022 dari pukul 10.30 pagi di Centre Court, Queensbay Mall.

 

SDAC dalam satu kenyataan hari ini berkata, acara pratonton itu akan turut berlangsung di Toppen Shopping Mall, Johor Bahru dari pukul 10 pagi pada 10 hingga 14 Ogos 2022.

 

Menurutnya, berlangsung sebelum pengenalan di bilik pameran, acara pratonton itu adalah sebahagian daripada penampilan sulung awam di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai mendekati model terkini trak pikap ikonik Ford.

 

"Sebagai tambahan, mereka yang telah menerima jemputan eksklusif ke acara itu juga akan diberikan tempat ketika majlis pengenalan pada 3 Ogos 2022 dari 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. 

 

"Mereka juga akan diberikan taklimat terperinci berkaitan Ranger generasi baharu," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, diberikan rekaan baharu sepenuhnya, Ranger generasi baharu sekali lagi akan memberi takrifan berbeza dalam segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup yang menyeluruh, untuk tujuan kerja, keluarga dan riadah.

 

"Dengan gaya lebih menawan, prestasi atas jalan dan 'off-road' lebih baik, teknologi pintar dan ciri keselamatan pemanduan, sistem pengurusan kargo yang diperkemas, ruang dalaman terhubung dengan rasa premium ala SUV, Ranger generasi baharu ini direka untuk lebih menonjol daripada yang lain, di mana saja.

 

 

ford

 

 

ford

 

 

"Jangan ketinggalan untuk ikut serta dalam siri jelajah pengenalan sulung dan pratonton Ranger generasi baharu. 

 

"Selain boleh mendekati kenderaan canggih berkenaan, turut disediakan hadiah berupa cenderahati Ford untuk dimenangi," katanya.

 

 

ford

 

 

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baru, SDAC dan Ford, ikuti laman Facebook, Instagram, Twitter and YouTube channel Ford Malaysia atau kunjungi www.sdacford.com.my. - DagangNews.com