Jepun rancang buka sekatan perjalanan 12 negara termasuk Malaysia | DagangNews Skip to main content

Jepun rancang buka sekatan perjalanan 12 negara termasuk Malaysia

Tokyo International Airport

TOKYO 8 Okt. - Jepun merancang untuk membuka sekatan perjalanan ke 12 negara lain termasuk Malaysia bermula bulan hadapan.

Berdasarkan laporan akhbar Yomiuri, 12 negara yang terlibat adalah termasuk China, Taiwan, Autralia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam, Malaysia dan lain-lain lagi.

Kerajaan Jepun ketika ini menyekat perjalanan ke 159 buah negara dan wilayah lain.

Bagaimanapun, kerajaan Jepun juga menyeru kepada pelancong negaranya agar tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu dan tidak mendesak ke 12 negara berkenaan.

The Straits Times yang memetik laporan Bursa Saham Tokyo, Nikkei memberitahu, Jepun merancang untuk membenarkan pelancong dalam kalangan perniagaan warganegaranya dan asing tanpa perlu melakukan kuarantin selama dua minggu.

Pengecualian kuarantin selama dua minggu itu akan dikecualikan kepada pelancong perniagaan yang mengemukakan perancangan tindakan selain tidak digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam.

Jepun melonggarkan sekatan tersebut untuk memudahkan pekerja melakukan perjalanan untuk tujuan pertumbuhan semula ekonominya.

Keputusan kelonggaran sekatan keluar dan masuk itu telah dipertimbangkan dengan sebaik mungkin oleh pihak kerajaannya.

Bermula 1 Oktober lalu, Jepun mula membenarkan warganegara asing yang membuat perancangan untuk tinggal di Jepun selama tiga bulan atau lebih.

Sebelum pelaksanaan kelonggaran terbaharu itu, kira-kira 2,000 warganegara asing memasuki Jepun pada setiap hari. - DagangNews.com