Johor Plantations perkukuh komitmen hasilkan bahan keperluan asas mampan negara | DagangNews Skip to main content

Johor Plantations perkukuh komitmen hasilkan bahan keperluan asas mampan negara

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Nov - Johor Plantations Bhd trus memperkukuhkan komitmennya bagi menghasilkan bahan keperluan asas mampan untuk negara, melalui pertukaran dokumen rasmi dengan Gas Malaysia Bhd (GMB) dan Eonmetall Technology Sdn Bhd (ETSB) sempena Minggu Iklim Asia Pasifik (APCW) 2023, baru-baru ini.

 

Pengarah Urusan Johor Plantations berkata, Mohd Faris Adli Shukery berkata, pihaknya bertanggungjawab untuk membentuk masa depan yang cerah dan mampan dengan memenuhi keperluan sosioekonomi negara menerusi perniagaan mereka. 

 

Katanya, loji biometana dan PFOE pihaknya merupakan inisiatif terkini untuk mempelopori inovasi dalam perniagaan kami menerusi tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau. 

 

"Kami yakin pelaburan ini akan dapat mengukuhkan kedudukan kewangan perniagaan minyak sawit kami, disamping menjana pulangan mampan kepada pemegang saham demi masa depan rendah karbon yang lebih hijau," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Pengarah Negeri Johor bagi UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB), Edey Suresh pula berkata, Johor Plantations harus dipuji kerana komitmen mereka terhadap amalan mampan menerusi inisiatif penggunaan biometana dan PFOE yang inovatif. 

 

Katanya, dedikasi mereka kepada pemuliharaan alam sekitar dan penyertaan dalam program Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan pendekatan proaktif dalam mencipta masa depan yang lebih mampan. 

 

"Kami menggalakkan syarikat lain untuk mencontohi langkah mereka dengan menerapkan amalan bertanggungjawab dan beretika di dalam operasi kerja mereka demi kesejahteraan bumi dan masyarakat," katanya.

 

 

johor plantations
Mohd Faris Adli Shukery (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif GMB, Ahmad Hashimi Abdul Manap (dua, kanan) ketika majlis perjanjian pembelian gas antara Johor Plantations dan GMVP di Johor Bahru, baru-baru ini. Turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan).

 

 

Pada Ogos 2023, Johor Plantations mula membekalkan gas kepada Gas Malaysia Virtual Pipeline Sdn Bhd (GMVP) melalui loji biometana pertamanya yang terletak di Sedenak, Johor. 

 

Loji itu adalah pencapaian terkini di dalam strategi Johor Plantations bagi menyediakan rumusan tenaga mampan, seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan 7 Bangsa-Bangsa Bersatu – bagi memastikan akses kepada sumber tenaga yang terjangkau, boleh dipercayai, mampan dan moden bagi semua. 

 

Di majlis pertukaran dokumen, Johor Plantations dan GMB memeterai perjanjian pembelian antara kedua-dua syarikat tersebut, khususnya anak syarikat GMB iaitu GMVP untuk membeli biometana dan BioCNG (Gas Asli Mampat) dan kemudian membekalkannya ke seluruh Malaysia menerusi rangkaian pengedaran gas asli GMB. 

 

Di samping itu, Johor Plantations turut menyempurnakan penyerahan Loji Pengekstrakan Minyak Gentian Sawit (PFOE) di Sedenak yang telah dibina oleh ETSB, selaku syarikat yang dilantik untuk pembinaannya. 

 

Loji PFOE itu merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘waste to wealth’ oleh Johor Plantations yang berusaha mewujudkan ekonomi kitaran menerusi penggunaan mampan dan kitar semula produk minyak sawit. 

 

Di loji PFOE, minyak diekstrak daripada serat mesokarp buah tandan segar yang telah diproses untuk menghasilkan minyak sawit merah. - DagangNews.com