Johor Port catat rekod tertinggi pengeluaran sebanyak 102,324 TEU didorong peningkatan aktiviti perdagangan | DagangNews Skip to main content

Johor Port catat rekod tertinggi pengeluaran sebanyak 102,324 TEU didorong peningkatan aktiviti perdagangan

Johor Port mencatatkan daya pengeluaran yang memberangsangkan sebanyak 698,914 TEU
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 6 Sept - Ahli Kumpulan MMC, Johor Port Berhad mencatatkan pengeluaran bulanan tertinggi sebanyak 102,324 unit bersamaan dua puluh (TEU) pada Ogos 2024.

 

Jumlah tersebut mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 99,039 TEUs yang dikendalikan pada bulan Julai 2019.

 

Bagi lapan bulan pertama tahun ini, Johor Port mencatatkan daya pengeluaran yang memberangsangkan sebanyak 698,914 TEUs, menunjukkan peningkatan sebanyak 100,201 TEU atau 16.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

 

Menurut Johor Port, ini mencerminkan pertumbuhan mantap didorong oleh peningkatan aktiviti perdagangan di Johor dan peningkatan tahap perkhidmatan oleh Pelabuhan. 

 

Mengulas mengenai pencapaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md Derick Basir berkata, rekod tersebut menggariskan keupayaan Johor Port untuk mengendalikan jumlah yang besar dan keupayaan syarikat untuk menyokong pengimport, pengeksport dan industri tempatan di Wilayah Selatan Malaysia.

 

“Mengendalikan purata sebanyak 1,700 pengangkutan haulier di pintu masuk kami setiap hari dan penggunaan lapangan kontena yang lebih tinggi sehingga 120% pada masa-masa tertentu tanpa gangguan operasi dan tiada kesesakan di pintu masuk, membuktikan tahap kecekapan kami,” jelas beliau. 

 

 

hhh
Penggunaan lapangan kontena yang lebih tinggi sehingga 120% di Johor Port.

 

Naib Presiden Persatuan Haulier Malaysia, Dzulfariqh Abdul Manap mengulas, peningkatan itu mendorong bilangan haulier yang lebih tinggi memasuki Johor Port, Tempoh Pusingan Trak (TTT) di Johor Port diurus dengan baik dengan hampir semua trak telah dilayan di bawah 45 minit.

 

Selain itu, Persatuan Pengusaha-pengusaha Perkapalan Malaysia (SAM), Johor Chapter menekankan pencapaian pengeluaran Johor Port pada Ogos adalah luar biasa memandangkan cabaran berterusan dihadinya seperti gangguan rantaian bekalan global baru-baru ini. 

 

“Johor Port telah menguruskan operasi mereka dengan cekap dalam tempoh sibuk ini, merekodkan masa menunggu kapal yang singkat dan juga menguruskan untuk menyediakan berth on arrival (BoA) untuk kebanyakan kapal yang tiba di luar dari waktu yang ditetapkan,” katanya.

 

Sementara itu, Johor Port telah memperuntukkan lebih RM1 bilion dalam pelaburan modal (CAPEX) untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menambah baik infrastrukturnya, membeli peralatan baharu dan mengautomasikan beberapa operasi pelabuhannya. 

 

Katanya, pelaburan tersebut selaras dengan kedudukannya sebagai Gerbang Utama untuk perdagangan dan logistik di Selatan Malaysia.- DagangNews.com