KAB raih kontrak kejuruteraan RM29.5 juta daripada Mah Sing Group | DagangNews Skip to main content

KAB raih kontrak kejuruteraan RM29.5 juta daripada Mah Sing Group

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 30 Mei - Kinergy Advancement Berhad (KAB) meraih satu lagi kontrak kejuruteraan bernilai RM29.5 juta yang diperoleh daripada rakan kongsinya lamanya, Mah Sing Group Berhad.

 

Ini menandakan kontrak ke-14 dimenangi KAB, berikutan projek M Nova yang diumumkan pada 5 Disember 2023.

 

Pada Mac 2024, Pembinaan Bintang Baru Sdn Bhd juga melantik KAB sebagai sub-kontraktor mereka untuk kontrak kerja elektrik bernilai RM9.8 juta. Kedua-dua kontrak, bernilai RM39.3 juta

 

Kontrak ini menyerlahkan reputasi KAB selama 27 tahun sebagai pakar elektrik dalam sektor kejuruteraan, walaupun Kumpulan telah berubah menjadi pemain terkemuka dalam industri tenaga, khususnya dalam bidang Penyelesaian Tenaga Lestari (SES).

 

 

Dato' Lai Keng Onn
   Dato' Lai Keng Onn

 

 

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan KAB, Dato' Lai Keng Onn berkata, ini menandakan projek ke-14 untuk gergasi hartanah Mah Sing dan ke-13 untuk Bintang Baru.

 

"Saya bertuah untuk menyaksikan kepercayaan berterusan pelanggan kami. Kepercayaan mereka terhadap kecekapan dan keupayaan kami untuk memacu kejayaan dan kecemerlangan projek-projek mereka yang dihormati memastikan kami sentiasa optimis," katanya dalam kenyataan di sini.

 

Sepanjang 27 tahun yang lalu, KAB telah berjaya melaksanakan 119 projek yang merangkumi pembangunan kediaman, perindustrian dan komersial.

 

Segmen kejuruteraan Kumpulan mempunyai baki buku pesanan kira-kira RM166.0 juta dan tender belum selesai bernilai RM153.8 juta.

 

Asas kukuh ini juga meletakkan KAB dengan baik untuk mendapat manfaat daripada pembangunan infrastruktur Malaysia yang digiatkan semula, peningkatan permintaan untuk projek kediaman, komersil dan perindustrian, dan peningkatan pelaburan dalam projek infrastruktur.

 

Dengan kontrak baharu ini, KAB bersedia untuk meneruskan trajektori kejayaannya dalam sektor kejuruteraan. Identitinya yang ditakrifkan semula sejak Jun 2023 sebagai Penyedia Penyelesaian Tenaga dan Kejuruteraan Sehenti yang unik dan holistik di Malaysia.

 

Ini ditambah dengan pengiktirafan baru-baru ini sebagai Penyedia Penyelesaian Kelestarian Tenaga 10 Teratas APAC 2024 dan dimasukkan ke dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dan FTSE4Good Bursa Malaysia Indeks Syariah, seterusnya mengesahkan kemajuan dan pertumbuhan pesatnya, seperti yang dibuktikan oleh perniagaan yang luar biasa, ESG dan prestasi kewangan. - DagangNews.com