Kad fleet diesel subsidi akan ada had pengisian, kata Timbalan Menteri Kewangan | DagangNews Skip to main content

Kad fleet diesel subsidi akan ada had pengisian, kata Timbalan Menteri Kewangan

Syarikat pengangkutan layak memohon diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi SKDS 2.0. -Gambar hiasan KPDN Perlis

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat had pada pengisian semula diesel melalui penggunaan kad fleet untuk Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS).

 

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, had pengisian semula yang ditetapkan adalah berdasarkan kapasiti liter.

 

"Terdapat had (pada pengisian semula) dari segi liter bukannya kuantiti, tetapi saya fikir kita perlu menunggu pengumuman Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Amir Hamzah Azizan).

 

 

"(Pada masa ini) kami belum menentukan had (pengisian semula)," katanya kepada media seperti dilapor NST Online selepas merasmikan Forum Dasar Cukai Malaysia ke-4 2024, yang diadakan di Putrajaya hari ini.

 

skds

 

ARTIKEL BERKAITAN: FAQ mengenai Kelayakan Pemilik Kenderaan Diesel Individu dibawah BUDI oleh MoF

 

Bagi menangani kesan kenaikan tersebut, kerajaan sedang melaksanakan subsidi diesel yang disasarkan melalui Sistem Kawalan Diesel Subsidi 2.0, termasuk menetapkan harga bagi sektor-sektor yang layak seperti logistik.

 

Selain itu, bantuan tunai Budi Madani diperuntukkan kepada individu yang layak, termasuk pemilik kenderaan diesel dan petani skala kecil.

 

Mengenai aduan pengguna bahawa bantuan tunai Budi Madani sebanyak RM200 tidak mencukupi, Hui Ying berkata, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan peningkatan bantuan pada masa depan.

 

"Buat masa ini, jumlah ini kekal pada RM200. Kementerian Kewangan telah melakukan kajian dan berbincang dengan pelbagai pihak dan percaya bahawa jumlah ini mencukupi," katanya.- DagangNews.com