Kakak ipar PM meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Kakak ipar PM meninggal dunia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jan - Kakak ipar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Siti Fatimah Ismail meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, malam tadi.

 

Perkara itu dikongsikan Ismail Sabri menerusi ciapan di laman Twitter beliau.

 

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Kakak ipar saya, Siti Fatimah Binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.

 

"Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya. - DagangNews.com