KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tahap pengeluaran negara atau Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang baik dilihat menjadi penentu kepada prestasi Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) untuk suku ketiga 2020
Menurut RHB Investment Bank Bhd., KDNK negara dijangka akan lebih positif sekiranya momentum pengeluaran negara kekal atau berada pada tahap yang lebih baik.
"Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 1.2% pada Julai berbanding tahun lalu.
"Ia adalah pertumbuhan positif yang pertama sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," jelas RHB Investment Bank Bhd..
Tambah RHB Investment Bank Bhd., pertumbuhan positif IPP pada Julai didorong oleg peningkatan yang tinggi dalam pengeluaran perlombongan.
"Sektor eksport negara menyaksikan penurunan, berbeza dengan prestasi yang lebih positif dalam sektor domestik.
"Sekiranya momentum pengeluaran negara adalah kakal seperti itu atau bertambah baik, kita dapat jangkakan pertumbuhan KDNK pada 3Q20 akan lebih positif daripada -17.1% pada 2Q20.
"Secara keseluruhan, kami kekalkan ramalan pertumbuhan KDNK pada -4.0 pada 2020 berbanding tahun sebelumnya," tambah RHB Investment Bank Bhd..
KDNK negara pada suku kedua 2020 menyusut -17.1% berbanding 0.7% pada suku pertama 2020 akibat daripada wabak COVID-19.
Prestasi suku tahun kedua itu merupakan pertumbuhan KDNK terendah yang direkodkan sejak krisis ekonomi pada suku tahun keempat 1998 (-11.2%). - DagangNews.com