Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac | DagangNews Skip to main content

Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac

Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Mac. - Seiring arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung kemasukan semula pelajar ke kampus, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil pendekatan untuk menerima kemasukan ke kolej kediaman secara berperingkat bermula hari ini hingga 31 Mac 2021.

 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata, langkah tersebut adalah perlu bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di dalam kampus.

 

Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac

 

"Bilangan anggaran keseluruhan pelajar UPM yang akan kembali semula ke kampus bermula 4 hingga 31 Mac 2021 adalah seramai 6,500 pelajar di kampus Serdang dan 1,200 pelajar di kampus Bintulu, Sarawak (anggaran 27.5% dari jumlah keseluruhan pelajar UPM).

 

"Pengurusan kemasukan pelajar ke kolej kediaman yang bermula hari ini dilaksanakan mengikut zon, tarikh dan sesi.

 

"Semua pelajar yang telah mendapat sokongan/pengesahan daripada pihak Fakulti/Pusat/Sekolah masing-masing untuk
kembali ke kampus UPM Serdang dikehendaki mematuhi jadual kemasukan ke kolej kediaman secara berperingkat mengikut zon, tarikh dan sesi yang telah ditetapkan," jelas UPM dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Senarai zon, tarikah dan sesi ditetapkan seperti berikut;

  1. 4-6 Mac 2021 bagi Zon Utara dan Zon Timur (P. Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang)
  2. 7-9 Mac 2021 bagi Zon Tengah (Selangor, Perak, W.P. Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya)
  3. 10-12 Mac 2021 Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)
  4. 28-31 Mac 2021 bagi Pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPER)
  5. Kemasukan pelajar dari Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada tarikh tiket penerbangan masing-masing sepanjang tempoh 4 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.

 

Dalam pada itu, UPM juga turut melaksanakan proses saringan dan penilaian risiko jangkitan COVID-19 sebagai langkah keselamatan.

 

Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac

 

 

Berikut adalah proses saringan yang perlu dipatuhi:

  1. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi borang soal selidik Permohonan Memasuki Ke Kolej Kediaman UPM (menerusi pautan sehari sebelum tarikh kemasukan ke kolej kediaman.
  2. Pelajar turut DIWAJIBKAN membuat Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM pada hari kemasukan ke kolej kediaman dengan mengemukakan paparan keputusan saringan tersebut kepada pihak berkuasa keselamatan. Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM ini juga WAJIB diisi oleh pelajar pada setiap hari sepanjang tempoh beradadi kolej kediaman.
  3. Pelajar juga DIWAJIBKAN mengisi MySejahtera dan Health Declaration Form sewaktu mendaftar di kolej kediaman.
  4. Pelajar yang berada dalam status Person Under Investigation (PUI) atau pelajar yang diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk self-kuarantin di rumah adalah sama sekali tidak dibenarkan memasuki kampus.
  5. Sekiranya didapati bergejala, pelajar tersebut akan dirujuk ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebelum dibenarkan untuk memasuki premis kolej kediaman.
  6. Pelajar bergejala akan ditempatkan di blok/aras pengasingan yang disediakan di kolej berdasarkan arahan, saranan dan kebenaran daripada pihak PKU.

 

Kemasukan ke kolej kediaman UPM berperingkat hingga 31 Mac

 

Tegas beliau lagi, setiap pelajar dikehendaki mematuhi panduan kemasukan yang telah ditetapkan dan arahan petugas dari masa ke masa bagi memastikan kelancaran proses kemasukan pelajar ke kolej kediaman UPM, kampus Serdang dan Bintutu, Semester Kedua, Sesi 2020/2021, bermula 4 Mac 2021. - DagangNews.com