Kenanga Research semak turun penarafan Media Prima kepada 'market perform', TP 42 sen sesaham | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research semak turun penarafan Media Prima kepada 'market perform', TP 42 sen sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Mei - Kenanga Research menyemak turun penarafan Media Prima Berhad kepada 'market perform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak 42 sen sesaham berbanding 57 sen sebelum ini.

 

Firma itu berkata, walaupun sebahagian hasilnya diimbangi keuntungan pelupusan namun kumpulan itu terjejas oleh perbelanjaan iklan yang lemah pada suku pertama tahun ini.

 

Katanya, keadaan itu mengakibatkan sumbangan pendapatan yang lebih lemah merentasi segmen utama.

 

Firma itu berkata, prospek kumpulan itu dilihat bercampur-campur dan menjangkakan mereka akan terus menghadapi masalah besar dengan kedua-dua pengguna serta pengiklanan terjeas oleh prospek ekonomi yang tidak menentu.

 

Katanya, walaupun usaha penyatuan kos kumpulan itu berkesan untuk mengembalikan keuntungan, prestasi semasa perbelanjaan iklan (adex) yang lebih perlahan tidak begitu menggalakkan.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu akan mula melihat tekanan pada margin keuntungannya pada masa hadapan memandangkan tahun ini adex mula mereda.

 

"Kumpulan itu masih belum dapat mengatasi segmen beli-belah yang merugikan dan prospek mereka dilihat agak sukar.

 

"Kami mengurangkan unjuran pendapatan FY23-FY24 masing-masing sebanyak 24% dan 26%, menurunkan TP sebanyak 26% kepada 42 sen (daripada 57 sen) dan menurunkan taraf panggilan kami kepada 'market perform' daripada 'outperdorm'," katanya. - DagangNews.com