Kenanga Research unjur permintaan semikonduktor global terus lemah sehingga 1HCY23 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research unjur permintaan semikonduktor global terus lemah sehingga 1HCY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Jan - Kenanga Research menjangkakan permintaan terhadap semikonduktor global akan terus lemah sehingga 1HCY23.

 

Firma itu berkata, perkara itu juga disuarakan syarikat seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Company yang mejangkakan penurunan hasil dari suku ke suku sebanyak 15% oada 1QCY23 disebabkan penggunaan kapasiti yang lebih rendah apabila inventori wafer menghampiri paras tertinggi baharu.

 

Firma itu berkata, Statistik Perdagangan Semikonduktor Dunia juga mengubah unjuran mereka untuk pertumbuhan permintaan semikonduktor global bagi 2023 kepada penguncupan 4.1% pada akhir November 2022 (daripada ramalan pengembangan 4.6% tiga bulan sebelumnya).

 

Katanya, landskap keselamatan siber tempatan di Malaysia terus menghadapi cabaran, seperti insiden pelanggaran data di Telekom Malaysia Berhad dan organisasi utama lain seperti AirAsia, iPay88, dan Maybank.

 

“Memberi penekanan kepada perlindungan data, kerajaan memperuntukkan dana sehingga RM73 juta untuk keselamatan siber dalam Bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini.

 

“Dengan rantau ASEAN masih di peringkat awal kesedaran keselamatan siber, kami percaya LGMS Berhad berada pada kedudukan yang baik untuk meraih keuntungan daripada pertumbuhan struktur ini, lebih-lebih lagi dengan rancangan pengembangannya ke dalam ekonomi sedang pesat membangun seperti Kemboja dan Vietnam,” katanya.

 

Firma itu berkata, ia juga menyukai Kelington Group Berhad kerana ia menjadi proksi langsung kepada pengembangan fabrik wafer hadapan, keterlihatan pendapatannya yang teguh disokong oleh kedua-duajumlah kontrak teguh dan tender yang melebihi RM1 bilion dan kedudukannya yang kukuh dalam pasaran  Malaysia, Singapura dan China. 

 

Firma itu juga kekal 'neutral' terhadap sektor itu.- DagangNews.com