Keputusan kewangan lebih lemah daripada jangkaan, Malacca Securities unjur Econpile catat kerugian RM4 juta pada FY23 | DagangNews Skip to main content

Keputusan kewangan lebih lemah daripada jangkaan, Malacca Securities unjur Econpile catat kerugian RM4 juta pada FY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Mei - Econpile Holdings Berhad diunjur catat kerugian bersih teras sebanyak RM4 juta bagi FY23 selepas melihat keputusan kewangan yang lebih lemah daripada jangkaan.

 

Malacca Securities berkata, berdasarkan pemulihan margin keuntungan yang lebih perlahan daripada jangkaan, sambil mengekalkan unjuran FY24, firma itu menganggap bahawa pemulihan dalam tempoh sedang dilakukan.

 

"Buat masa sekarang, kami mengekalkan pandangan bahawa kumpulan itu kembali mencatatkan keuntungan pada suku akan datang manakala pembangunan projek infrastruktur mega mungkin berlaku pada separuh kedua 2023.

 

"Penyiapan projek berskala besar di Kemboja mungkin mengukuhkan reputasi mereka untuk kerja-kerja masa hadapan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kerugian bersih kumpulan itu pada 3QFY23 mengecil kepada RM200,000 berbanding kerugian bersih RM16.2 juta pada suku yang sama sebelumnya. 

 

Pengecilan kerugian itu didorong margin keuntungan yang lebih baik yang dijana daripada projek pembinaannya yang sedang berjalan berikutan penstabilan kos bahan binaan dan peningkatan dalam bekalan tenaga kerja

 

Hasil bagi suku tersebut meningkat 5.1% dari tahun ke tahun kepada RM96.7 juta.

 

Firma itu berkata, kos bahan binaan yang tinggi dan kenaikan gaji minimum adalah untuk memastikan pemulihan margin keuntungan adalah terkawal.

 

Katanya, isu kekurangan tenaga kerja telah berkurangan dan ini mungkin memberi ruang untuk kumpulan melaksanakan beberapa projek secara serentak.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) 16 sen sesaham. - DagangNews.com