Kerajaan Madani tetapkan harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung mulai 10 Jun 2024 | DagangNews Skip to main content

Kerajaan Madani tetapkan harga diesel RM3.35 seliter di Semenanjung mulai 10 Jun 2024

PUTRAJAYA 9 Jun - Harga diesel akan diselaraskan mengikut pasaran semasa, bermula tengah malam ini (Isnin, 10 Jun), dengan harga permulaan di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia, ditetapkan pada RM3.35 seliter.

 

Harga berkenaan ialah harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024, mengikut formula automatic pricing mechanism yang sedia ada.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam sidang media khas di Putrajaya pada Ahad berkata, Kerajaan akan mengumumkan harga seterusnya mengikut amalan biasa, iaitu pengumuman harga RON95, RON97 dan diesel setiap Rabu.

 

 

Melalui penetapan harga dan pelaksanaan subsidi berdasar ini, beliau berkata, kerajaan menjangka pengurangan serta-merta kerugian aktiviti ketirisan yang boleh membawa penjimatan RM4 bilion setahun.

 

 

 

“Penjimatan diperoleh Kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan lebih banyak sumber untuk disalurkan dalam sektor kritikal lain, yang secara langsung akan tingkatkan kualiti hidup rakyat, termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan, dan pendidikan untuk anak-anak kita.

 

“Sekali lagi, saya ingin memohon, mengingatkan rakyat Malaysia yang layak (supaya) mohon bantuan tunai BUDI Madani.

 

"Yang memohon pada bulan Jun akan layak terima bantuan tunai untuk bulan itu, dan seterusnya. Yang terlepas, akan layak terima bantuan untuk bulan permohonan dan seterusnya,” katanya lagi. - DagangNews.com

 

 

Berikut adalah kenyataan media penuh:

mofmof