Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen - Ismail Sabri | DagangNews Skip to main content

Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 29 Julai - Ketua Whip Kerajaan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen.

 

"Saya menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

 

"Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

 

"Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

 

"Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera," kata beliau dalam kenyataan di sini. - DagangNews.com