Ketiadaan pemangkin baharu, RHB Investment unjur pertumbuhan Malaysia REIT kembali normal pada FY24 | DagangNews Skip to main content

Ketiadaan pemangkin baharu, RHB Investment unjur pertumbuhan Malaysia REIT kembali normal pada FY24

Axis REIT merupakan pilihan utama RHB Investment Bank bagi sektor REIT.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jan - RHB Investment mengunjurkan pertumbuhan sektor amanah pelaburan hartanah Malaysia (M-REIT) kembali normal pada FY24 selepas tiada sebarang pemangkin baharu bagi memacu pendapatan sektor itu.

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun lebih cenderung memilih REIT perindustrian bagi prospek pertumbuhan positif didorong peningkatan ketara dalam sektor pembuatan.

 

"Pada masa sama, kami memerhatikan sebarang kemungkinan pemotongan kadar faedah yang boleh meningkatkan sentimen untuk M-REIT," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Katanya, kadar penghunian untuk M-REIT runcit kebanyakannya meningkat secara menyeluruh, walaupun kadar KLCCP Stapled (KLCCSS) dan Pavilion REIT masih di bawah paras 2019.

 

Ini seharusnya membantu mengimbangi risiko menurun kepada perbelanjaan runcit daripada langkah rasionalisasi subsidi dan cukai barnagan bernilai tinggi.​

 

Firma itu berkata, industri pelancongan yang semakin baik seharusnya membantu mengimbangi sebarang kelembapan dalam perbelanjaan daripada pengguna domestik.

 

"Walaupun bekalan ruang runcit baharu dijangka membawa kepada lebih tekanan ke atas kadar sewa dalam tempoh terdekat namun bagi jangka panjang, saingan itu akan menyaksikan pemain runcit akan lebih agresif dalam aktiviti pemasaran bagi mengekalkan kemampanan," katanya.

 

RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' terhadap AME REIT dan Axis REIT.

 

Katanya, walapun kadar pemerolehan pada FY23 berikutan peningkatan mendadak dalam penilaian apabila pemilik aset meletakkan premium ke atas hartanah mereka.

 

Pada masa sama, REIT industri harus terus mencatatkan pengembalian sewa yang sihat setiap tahun dengan risiko minimum untuk tidak diperbaharui.

"Kami menyukai Axis REIT kerana prospek pemulihan pendapatannya didorong oleh tahap penghunian yang lebih tinggi dan penyiapan pembangunan semula aset utama. 

 

"IGB REIT adalah pilihan kami untuk segmen runcit, kerana kami berpendapat bangunan yang diduduki sepenuhnya dan hasil dividen 6%," katanya.- DagangNews.com