Keyfield terima kontrak RM44.3 juta daripada CPOC bagi penyediaan AHTS untuk aktivit luar pesisir | DagangNews Skip to main content

Keyfield terima kontrak RM44.3 juta daripada CPOC bagi penyediaan AHTS untuk aktivit luar pesisir

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Keyfield International Bhd menerusi Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima kontrak bernilai AS$10 juta (RM44.3 juta) daripada Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn Bhd (CPOC) bagi menyediakan kapal tunda pengendalian sauh (AHTS) 80MT Bollard untuk aktiviti luar pesisir CPOC.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi kontrak itu mereka perlu menyediakan satu unit AHTS dengan krew serta perkhidmatan atas kapal bagi melaksanakan skop kerja yang dipersetujui untuk memenuhi keperluan penyewa.

 

"Kontrak itu akan bermula pada September 2024 untuk tempoh penyewaan selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun atas pilihan penyewa dengan lanjutan itu bernilai kira-kira AS$5 juta (RM22.2 juta)," katanya.

 

Katanya, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatandan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, 2025 dan 2026.

 

"Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham Keyfield," katanya.

 

Penerimaan dan pelaksanaan kontrak itu akan tertakluk kepada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan operasi perniagaan dan pihaknya secara aktif mengurangkan risiko itu melalui pelbagai prosedur kawalan dalaman. - DagangNews.com