KitKat perkenal coklat bermotifkan ketupat sempena kempen Hari Raya | DagangNews Skip to main content

KitKat perkenal coklat bermotifkan ketupat sempena kempen Hari Raya

Frederic Porchet (dua, kiri) bergambar ketika pelancaran kempen raya KitKat Rezeki Dikongsi Bersama. Turut kelihatan, MK K-Clique (empat, kanan) dan Nabila Razali (lima, kiri).
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 April - Nestlé KitKat memperkenalkan KitKat Ketupat edisi terhad raya sempena pelancaran kempen 'Rezeki Dikongsi Bersama' bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

 

Kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak itu, buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat empat jejari.

 

KitKat Ketupat edisi terhad raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan. 

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi Nestle Malaysia Bhd, Frederic Porchet berkata, kempen tersebut menawarkan produk edisi terhad raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat dan pelbagai kolaborasi istimewa lain. 

 

Katanya, kempen itu juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama insan melalui perkongsian saat-saat manis dan sukar dilupakan bersama KitKat. 

 

“Bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya yang menyusul selepas itu merupakan perayaan yang membawa erti bagi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang. 

 

"Ciri-ciri ini mencerminkan aspirasi KitKat iaitu 'Have a Break, Have A Kitkat, dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, kebersamaan dan berkongsi rezeki sepanjang musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

kitkat

 

 

Bersempena dengan kempen Rezeki Dikongsi Bersama, KitKat menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada Aeon Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan Aeon Malaysia. 

 

Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya Aeon, sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

 

 

kitkat

 

 

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi ‘rezeki’ mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat dan tekan butang 'like' pada muzik video animasi Raya KitKat yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali. 

 

 

 

kitkat

 

 

KitKat akan menyumbang RM2 untuk setiap like yang diperoleh, sehingga RM100,000, dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Mulai 30 Mac hingga 2 April 2023, KitKat akan mengadakan pameran pengguna selama empat hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid yang menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik. - DagangNews.com