Kumpulan Fima raih kontrak percetakan dokumen RM93.91 juta daripada Kementerian Pendidikan | DagangNews Skip to main content

Kumpulan Fima raih kontrak percetakan dokumen RM93.91 juta daripada Kementerian Pendidikan

Percetakan Keselamatan Nasional, anak syarikat milik fenuh Fima Corporation raih kontrak RM93.91 juta daripada KPM.-Gambar Kumpulan Fima
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 19 Julai - Fima Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Percetakan Keselamatan Nasional Sdn Bhd (PKN) meraih kontrak percetakan dokumen bernilai RM93.91 juta daripada Kementerian Pendidikan.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Kumpulan Fima berkata, surat setuju terima itu bertarikh 16 Julai 2024 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak, membekalkan dan menghantar dokumen sulit.

 

"Kontrak ini adalah untuk tempoh 24 bulan bermula dari 15 Julai 2024 hingga 14 Julai 2026 dengan nilai kontrak sebanyak RM93.91 juta," katanya hari ini.

 

Menurut kumpulan itu, kontrak yang diterima Percetakan Nasional ini dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan konsolidasi masa depan dan aset bersih Kumpulan Fima Corp.

 

"Faktor risiko utama yang berkaitan dengan Kontrak ini adalah risiko teknologi, risiko operasi, dan kos bekalan. 

 

"Percetakan Keselamatan Nasional telah melaksanakan langkah kawalan yang sesuai untuk mengurangkan dan mengurangkan faktor-faktor risiko ini dengan berkesan," jelasnya.

 

Menurut Kumpulan Fima, kontrak ini merupakan sebahagian daripada urusan biasa Percetakan Keselamatan Nasional. - DagangNews.com