Pengilang kurang yakin prospek pengeluaran disebabkan kebimbangan inflasi melonjak naik - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pengilang kurang yakin prospek pengeluaran disebabkan kebimbangan inflasi melonjak naik - MIDF Research

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 2 April - Kemungkinan lonjakan inflasi berikutan langkah rasionalisasi subsidi termasuk diesel menyebabkan pesemisme atau kurang keyakinan pengeluar dan pengilang untuk prospek 12 bulan yang turun ke paras terendah sejak Ogos 2023.

 

MIDF Research berkata, faktor lain yang menyebabkan pesemisme berterusan ialah kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi item tertentu dan pelarasan kadar tarif air dan utiliti lain.

 

Katanya, kekurangan pesanan dan keluaran baharu adalah antara faktor kelemahan kepada penguncupan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang menyederhana kepada 48.4 pada Mac 24 (Feb 24: 49.5), melanjutkan urutan penguncupan sejak Sep 22.

 

"Inflasi input meningkat kepada paras tertinggi 3 bulan, disokong oleh kelemahan mata wang dan harga bahan mentah yang lebih tinggi.

 

"Di samping itu, keyakinan dalam kalangan pengeluar untuk prospek 12 bulan turun ke paras terendah sejak Ogos," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

MIDF Research dalam pada itu menjangkakan sektor pembuatan dan perdagangan luar Malaysia akan kekal dalam aliran pemulihan tahun ini.

 

Kata firma penyelidikan itu, ini memandangkan Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan keyakinan China dan beberapa negara Asia yang lain.

 

gula

 

"Kami mengunjurkan eksport Malaysia meningkat semula sebanyak +5.2% pada 2024 (2023:  -8.0%)," jelasnya.

 

Katanya, PMI Pembuatan Caixin China meningkat kepada 51.1, tertinggi sejak Februari 2023 dan lebih tinggi sedikit daripada jangkaan pasaran 51.0.

 

"Selain China, negara Asia lain seperti India, Indonesia, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan dalam setiap PMI pembuatan manakala Singapura kekal optimistik selama 6 bulan berturut-turut," ujarnya.- DagangNews.com