Lanjutan kontrak daripada KDN dijangka tingkatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan Datasonic | DagangNews Skip to main content

Lanjutan kontrak daripada KDN dijangka tingkatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan Datasonic

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Jun - Lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka meningkatkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan Datasonic Group Bhd dalam menyempurnakan projek kritikal dengan nilai tinggi tanpa sebarang gangguan.

 

RHB Investment berkata, berkiutan lanjutan kontrak itu, buku pesanan kumpulan itu kini mencecah RM280 juta.

 

Katanya, pengurusan kekal komited untuk mendapatkan kontrak jangka panjang bagi rumusan kad pengenalan dan pasport, bersama-sama dengan peralatan dan sistem percetakan baharu, penyelesaian pintu automatik  dan sistem pengurusan identiti.

 

"Datasonic juga sedang mengintai peluan untuk menembusi lebih banyak rumusan pasport luar negara berikutan kemenangan kontrak e-pasport bernilai RM20 juta bagi tempoh lima tahun bagi membekalkan pasport ke negara-negara Afrika Barat.

 

"Kumpulan itu juga sedang mengusahakan rumusan baharu dengan kecerdasan buatan atau AI untuk menambah baik masa pelepasan bagi sistem MBike di kawalan sempadan Johor Bahru," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Datasonic terima lima sambungan kontrak KDN berjumlah RM181.66 juta

 

Terdahulu, kumpulan tu menerima lanjutan kontrak daripada KDN untuk pembekalan kad pengenalan kebangsaan, perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif dan rumusan e-Pasport selama enam bulan lagi berakhir 30 November 2024.

 

Firma penyelidikan itu berkata, nilai kontrak siling tambahan sebanyak RM142 juta adalah bagi tempoh lanjutan selama enam bulan bermula 1 Jun hingga 30 Nov 2024.

 

Katanya, kerajaan juga sedang menilai versi rumusan pasport dan sistem percetakan baharu yang lebih baik sebelum memutuskan kontrak jangka panjang baharu.

 

"Kami mengekalkan unjuran pendapatan kumpulan kerana lanjutan kontrak itu adalah selaras dengan jangkaan," katanya.

 

RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 68 sen sesaham. - DagangNews.com