Lazada lancar kempen 5.5 Jualan Kasih Berganda mulai 5 hingga 9 Mei 2023 | DagangNews Skip to main content

Lazada lancar kempen 5.5 Jualan Kasih Berganda mulai 5 hingga 9 Mei 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mei - Lazada melancarkan kempen 5.5 Jualan Kasih Berganda yang bermula pada 5 hingga 9 Mei 2023, dengan membawakan ribuan promosi menarik dan penjimatan hebat.

 

Jualan itu juga bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan produk pada harga berbaloi yang berkualiti serta unik sebagai hadiah Hari Ibu dan Hari Guru, serta pelbagai produk idaman untuk sambutan Aidilfitri.

 

Platform e-dagang itu dalam kenyataan berkata, pihaknya turut meneruskan usaha komuniti memerlukan sepanjang Ramadan dan Syawal menerusi kempen derma amal ‘Membeli Untuk Memberi’ yang merupakan inisiatif impak sosial positif, dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction. 

 

Katanya, van dan trak Lazada Logistics digerakkan ke Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengagihkan 4,500 set pek prihatin ‘Pakej Raya’ yang mengandungi keperluan makanan asas kepada 19,000 keluarga berpendapatan rendah, rumah jagaan orang tua dan rumah anak yatim.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan tersayang Lazada yang telah menyokong kempen derma amal tersebut sepanjang Ramadan. 

 

"Kami akan terus berusaha untuk memupuk daya kekitaan menerusi ekosistem yang lebih inklusif, lantas memudahkan para pelanggan untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan. 

 

"Di samping itu, pada bulan ini, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia sedang meriah meraikan sambutan Aidilfitri dan seronok mencari baju raya untuk rumah terbuka, serta hadiah untuk Hari Ibu dan Hari Guru. 

 

 

lazada

 

 

"Justeru itu, Lazada ingin memudahkan hasrat tersebut dengan menawarkan pelbagai seleksi produk berkualiti pada harga yang berpatutan dengan Jualan Kasih Berganda," katanya.

 

Dalam pada itu, sebelum Jualan 5.5 bermula secara rasmi, para pelanggan digalakkan ‘add to cart’ produk idaman dan barang keperluan yang ingin dibeli pada 1 hingga 4 Mei 2023. 

 

"Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal menjelang tiba, terdapat pelbagai promosi dan ganjaran yang boleh dinikmati dan terdapat banyak produk menarik yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu dan guru tersayang. 

 

"Nikmati harga tanpa tandingan untuk produk seperti jam tangan pintar, wangian, kerusi urut, pakaian, aksesori fesyen, bunga segar, makanan dan minuman, rawatan spa, peralatan dapur, tiket pelancongan dan banyak lagi," kata kenyataan itu.

 

Katanya, bagi mereka yang ingin mendapatkan tawaran terbaik semasa Jualan 5.5, LazFlash bakal membawakan diskaun durian runtuh dengan potongan sehingga 90%. 

 

Malah, pelanggan boleh menikmati penjimatan untuk pelbagai jenama antarabangsa menerusi Everyday Cashback (Pulangan Tunai) dan Free Shipping (Penghantaran Percuma), katanya. - DagangNews.com