Lebih banyak pihak swasta diharap ikut jejak CIMB Group taja atlet - Hannah Yeoh | DagangNews Skip to main content

Lebih banyak pihak swasta diharap ikut jejak CIMB Group taja atlet - Hannah Yeoh

Hannah Yeoh (tiga dari kiri) bersama Pengerusi CIMB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad (kanan) menyaksikan majlis memeterai tajaan kepada Ervin Chang (dua dari kiri) yang disempurnakan Effendy Shahul Hamid (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, 12 Februari 2024. - Gambar NAIM AZIZ/DagangNews
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Feb - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap lebih banyak pihak swasta tampil mengikut jejak CIMB Group Holdings Bhd memberi bantuan terhadap pembangunan sukan tanah air termasuk penajaan atlet.

 

Beliau berharap, lebih banyak bank dan swasta mencari atlet untuk mereka sokong agar atlet itu tidak berdepan masalah kewangan ketika dalam proses untuk mencipta kejayaan.  

 

Katanya, sukan adalah industri yang mahal, sebelum seseorang atlet itu berjaya, banyak yang keluarga mereka perlu korbankan.

 

"Kerajaan mempunyai dana yang terhad untuk tujuan ini, saya harap lebih banyak pihak akan tampil membantu mereka ini.

 

"Saya ucapkan terima kasih kepada CIMB kerana banyak melabur dalam pembangunan sukan Malaysia.

 

golf
Effendy Shahul Hamid (kanan) sedang menyampaikan sesuatu kepada Ervin Chang (kiri) selepas majlis penyerahaan tajaan, hari ini.

 

"Tajaan yang diberikan CIMB menunjukkan bahawa masih ada pihak korporat yang memberi bantuan kepada atlet untuk mencipta kejayaan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahaan tajaan kepada atlet golf profesional, Ervin Chang di Ibu Pejabat CIMB, di sini hari ini.

 

Majlis penyerahaan tajaan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna Kumpulan dan Perbankan Digital, CIMB Group berkata, Effendy Shahul Hamid dan disaksikan Pengerusi CIMB, Datuk Mohd. Nasir Ahmad.

 

Pada majlis itu atlet profesional berusia 25 tahun itu menerima tajaan daripada CIMB bagi membolehkannya menjadi duta jenama itu sebaris dengan Datuk Azizulhasni Awang dan Datuk Nicol David.

 

golf

 

cimb

 

cimb

 

 

Antara kejayaan anak kelahiran Seri Kembangan, Selangor itu ialah merangkul dua pingat emas di temasya Sukan SEA Hanoi 2021 sebelum mengambil keputusan menjadi pemain profesional setahun kemudian dan kini akan beraksi di bawah naungan Jelajah Asia bagi musim 2024.

 

Beliau juga akan beraksi di Kejohanan Golf Terbuka Malaysia yang akan bermula Khamis ini di The Mines Resort & Golf Club.

 

Ervin merupakan antara perintis Program Pembangunan Golf Junior CIMB pada 2010. Perkongsian itu meraikan kemajuan yang telah dicapainya selain meluaskan capaian jenama CIMB yang memperjuangkan sukan Malaysia. - DagangNews.com