Lembah Klang capai 77.3% populasi divaksin | DagangNews Skip to main content

Lembah Klang capai 77.3% populasi divaksin

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kadar vaksinasi kumulatif di Malaysia terus meningkat kepada 28.3 juta setakat 16 Ogos 2021.

 

Jumlah tersebut meliputi 17.2 juta pemberian vaksin dos pertama dan 11.0 juta vaksinasi dos kedua.

 

.

 

Dalam konteks peratusan populasi divaksin pula, peratusan kumulatif melonjak kepada 52.8% bagi penerima dos pertama dan 33.9% bagi penerima dos kedua.

 

Lembah Klang yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mencatatkan peratusan vaksinasi tertinggi sebanyak 77.3%, 50.4% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

.

 

Selain Lembah Klang, peratusan tertinggi turut direkodkan oleh Labuan (68.3%), Sarawak (64.7%) dan Negeri Sembilan (61.1%).

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, vaksinasi bagi golongan dewasa turut mencatatkan peningkatan kepada 73.7% bagi tempoh sama.

 

.

 

Sebanyak 47.2% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

Selain Lembah Klang yang merekodkan peratusan vaksinasi dewasa sebanyak 105.6%, negeri-negeri lain turut mencapai peratusan vaksinasi dewasa melebihi 50% kecuali Sabah (47.3%). - DagangNews.com