Loh Guat Lan dilantik semula terajui LIAM | DagangNews Skip to main content

Loh Guat Lan dilantik semula terajui LIAM

 

KUALA LUMPUR 7 April  - Persatuan Insurans Hayat Malaysia Malaysia (LIAM) melantik semula  Loh Guat Lan sebagai presidennya pada mesyuarat agung tahunan yang diadakan baru-baru ini.

 

LIAM dalam satu kenyataan hari ini berkata Loh akan dibantu oleh Naib Presiden, Raymond Lew, bagi penggal 2021/2022.

 

Loh ketika ini merupakan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Assurance Bhd dan memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam industri insurans hayat manakala Lew adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Sun Life Malaysia Assurance Bhd. 

 

LIAM berkata ia juga mengalu-alukan dua ahli jawatankuasa pengurusan baharunya iaitu Vibha Coburn dan Prasheem Seebran.

 

Persatuan itu juga disokong oleh lima ahli jawatankuasa lain, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd Ben Ng; Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Life Insurance Bhd Paul Low Hong Ceong; Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd Datuk Koh Yaw Hui; Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Bhd Gan Leong Hin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd Toi See Jong.

 

LIAM

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell berkata persatuan itu sentiasa konsisten dalam menggalakkan kepentingan perlindungan insurans hayat serta meningkatkan pemahaman awam mengenai insurans hayat menerusi pelbagai aktiviti dan program pendidikan pengguna sepanjang tahun.  

 

“Kami terus mendekati orang ramai menerusi pelbagai platform dan menggariskan pelbagai inisiatif pendidikan dan kesedaran awam dalam usaha kami untuk meningkatkan literasi kewangan dan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia,” katanya. - DagangNews.com