Lonjakan sektor pengangkutan, penjagaan kesihatan imbangi KLCI minggu lalu | DagangNews Skip to main content

Lonjakan sektor pengangkutan, penjagaan kesihatan imbangi KLCI minggu lalu

KLCI

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 April - Lonjakan dalam sektor pengangkutan dan penjagaan kesihatan menjadi pemangkin untuk mengimbangi indeks pananda aras utama Bursa Malaysia (FBM KLCI) minggu lalu.

 

KLCI minggu lalu tidak berubah pada paras 1,608 mata.

 

CGS-CIMB Research berkata, lonjakan sektor pengangkutan dan penjagaan kesihatan minggu lalu mengimbangi kerugian yang dicatatkan dalam sektor tenaga dan kewangan.

 

"Sehubungan itu, purata jumlah dagangan harian juga turut meningkat 22% minggu ke minggu kepada 7.8 bilion unit.

 

"Nilai purata dagangan harian turut positif dengan peningkatan 3% berbanding minggu sebelumnya kepada RM4.4 bilion," jelas CGS-CIMB Research.

 

Dalam analisis dagangan minggu lalu, pelabur runcit menyaksikan peningkatan 0.6% mata kepada 37.3%.

 

Bagaimanapun, pelabur institusi menurun -4.4% mata berbanding minggu lalu kepada 23.1%.

 

Dalam nota kajian sama, CGS-CIMB Research memberitahu, pelabur institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih terbesar bagi minggu kedua April 2021.

 

Jelasnya, kesemua kumpulan pelabur utama kecuali pelabur asing dan pelabur proprietari merupakan pembeli bersih bagi minggu berakhir 23 April 2021.

 

"Pelabur institusi tempatan merupakan pembeli bersih mingguan yang terbesar bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

 

"Kesimpulannya, pelabur institusi tempatan adalah penjual berish semalam 18 minggu berturut-turut hingga minggu yang berakhir 9 April 2021.

 

"Pelabur runcit mengekalkan kedudukan mereka sebagai pembeli bersih mingguan kedua terbesar, sementara aliran pembelian bersih meningkat 78% minggu ke minggu kepada RM170 juta," jelas nota kajian itu lagi. - DagangNews.com